Cara-cara Mudah Untuk Perempuan Mempertahankan Diri
Ketika ini kita semua sedar bahawa kejadian jenayah kerap berlaku tanpa kita sangka. Kejadian rogol, bunuh, rompak, samun, dan ragut antara kes yang sentiasa dilaporkan di media massa dari dahulu sehingga kini. Saban hari, ada sahaja kes-kes jenayah dilaporkan.
Langkah mudah untuk anda tangani jika ini berlaku pada anda:-
- MENAMPAR sekuatnya di telinga penjenanyah, dimana tapak tangan anda tepat ditelinga penjenanyah tersebut.Ini kerana ia boleh membuat seseorang itu hilang imbangan untuk berdiri dan sakit kepala.
- Boleh juga dengan mencucuk mata penjenanyah dengan ibu jari anda, dengan cepat dan kuat semasa mencucuk mata dan boleh menampar ditelinga untuk lebih memberi kesan kepada penjenanyah.
- Ini tindakan dimana biasa yang anda lakukan dimana tendang sekuatnya di kemaluan lelaki, perut, tekak atau mana-mana bahagian dimuka.
- Selain itu, anda boleh menumbuk atau 'shuto' di tekak mereka yang membuatkan mereka sesak nafas. Ataupun menghentak tapak tangan anda di tulang hidung mereka.
- Jika anda dicekik pula, anda hanya perlu mematahkan mana-mana jari mereka antara jari penunjuk hinggan kelingking dan kalau boleh memijak/menghentak kaki mereka dengan menggunakan tumit.
Tip-tip jika anda menjadi mangsa:-
- Jerit sekuat hati dimana kemungkinan ada orang berdekatan dapat menolong anda.
- Menggunakan kekuantan tangan untuk melepaskan diri.
- Jangan panik.
- Guna apa saja saja objek yang boleh mencederakan penjenanyah. (pasir, objek tajam seperti pen, objek yang keras, dll)
- Yang paling penting sekali anda jangan mudah mengalah!





No comments:
Post a Comment